GBP/USD Sasar Untuk Tembus Rintangan $1.4200 Semula

445

Penyusutan semula US dolar selepas reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat lalu kembali menyokong semula kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD daripada mengalami penurunan.

Prestasi mata wang Pound pada minggu lalu dijejaskan oleh laporan kemunculan varian Coronvirus terbaru yang dilihat akan menjejaskan pemulihan ekonomi.

Namun, Perdana Menteri UK Boris Johnson dalam kenyataan terbaru memaklumkan berdasarkan data-data ekonomi semasa, pelaksanaan pelonggaran sekatan ekonomi tidak akan terhalang.

Ini memberikan sentimen positif untuk ekonomi UK beroperasi sepenuhnya kembali pada 21 Jun ini.

Bersambung pada dagangan minggu ini, paras 1.42000 dilihat masih menjadi zon rintangan pada carta GBP/USD yang perlu harga tembusi.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi zon tersebut dijangka untuk menuju paras ketinggian terbaru pada 1.43000.

Mencapai paras tersebut akan merekodkan paras tertinggi harga yang berjaya capai sejak dagangan April 2018.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.41000 kekal menjadi zon support harga seperti minggu-minggu sebelum ini.

Jika zon tersebut gagal menyokong kenaikan semula, penurunan lebih rendah dilihat akan menuju paras support lebih rendah pada sekitar 1.4000.

Bagi mata wang Pound, pelabur akan memberi tumpuan bagi terbitan data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK pada Khamis nanti.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat