GBP/USD Susut Cecah Semula Zon Support Disember Tahun Lalu

327

Menepati ramalan penganalisis, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah menjunam mencatatkan paras terendah terbaru selepas pasaran memberi reaksi positif terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Bacaan data yang kukuh telah mendorong pengukuhan lebih jelas US dolar yang sebelumnya sedikit suram sementara pelabur terus berhati-hati memantau perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine.

Harga pada carta GBP/USD menepati jangkaan untuk mencecah zon support pada 1.32000 selepas penurunan harga pada Jumaat lalu berjaya melepasi zon 1.33000.

Trend bearish dikenalpasti oleh pelabur ekoran pergerakan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan terus mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan.

Sekitar zon 1.32000-1.31700 akan menjadi zon penting yang turut diuji harga pada dagangan sesi Asia pagi Isnin ini dengan jangkaan harga bakal menembusinya jika US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan.

Bakal melepasi zon support tersebut yang turut diuji pada Disember lalu, penurunan awal minggu yang diteruskan dilihat akan menguji paras sekitar 1.31000 untuk merekodkan paras terendah terbaru untuk tempoh 10 bulan sejak November 2020.

Namun, sekiranya zon support 1.32000 berjaya menyokong semula lonjakan harga seperti Disember lalu, pelabur berkemungkinan akan bersiap sedia untuk perubahan trend yang boleh berlaku semula.

Kenaikan awal harga dilihat akan menguji paras 1.33000 terlebih dahulu sebelum menuju pula zon rintangan minggu lalu sekitar 1.34000.

Data inflasi AS serta bacaan pertumbuhan ekonomi UK akan diberi tumpuan bagi dagangan US dolar dan Pound.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat