GBP/USD Telah Pamerkan Kenaikan Sehingga 270 Pips Sejak Awal Minggu!

1,102

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD mengelirukan para pelabur berikutan tekanan yang dilihat bagi dagangan Pound sepanjang minggu ini namun harga pamerkan kenaikan yang ketara pada Rabu.

Data ekonomi yang kurang meyakinkan serta masih dibelenggu ketidaktentuan rundingan Brexit EU-UK terus menyebabkan prestasi dagangan merosot Pound.

Namun kenaikan harga pada carta EUR/USD adalah lebih didorong oleh penyusutan matawang US dolar susulan perubahan sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini.

Pelabur kembali mendapat keyakinan dalam pasaran setelah disuntik oleh laporan positif ujian peringkat awal penghasilan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh firma bioteknologi Jerman dan firma farmasi Amerika Syarikat (AS).

Pelabur bakal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang menjangkakan peningkatan pada angka bacaan untuk bulan Jun selepas lonjakan ketara pada bulan Mei.

Harga pada carta GBP/USD telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 130 pips pada dagangan Rabu menyambung lonjakan pada hari sebelumnya. Dari paras terendah 1.23600, harga mencapai paras ketinggian sekitar 1.24900.

Pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini mendatar di sekitar paras ketinggian semalam sebelum harga meneruskan kenaikan pada sesi Eropah cuba melepasi paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.25300 di zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk harga mencapai paras tumpuan 1.26500 atau lebih tinggi lagi mampu menuju zon resistance pada 1.28000.

Sebaliknya jika keputusan data NFP di sesi New York kembali mendorong penurunan harga semula, paras terendah harian semalam iaitu pada 1.23600 di zon RBS (resistance become support) akan kembali diuji.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon support sekitar 1.22500 yang gagal ditembusi harga pada dagangan awal minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat