GBP/USD Tembus $1.3100, Sasar Tuju Ketinggian $1.3200 Pula!

258

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD kekalkan prestasi cemerlang sehingga ke penghujung minggu ini dengan trend bullish yang berterusan.

Pertumbuhan bulanan ekonomi UK pada Jun catatkan sedikit penguncupan, namun angka adalah lebih berbanding ramalan.

Pound masih berjaya mengukuh selepas data gaji pada laporan pekerjaan yang diterbitkan sebelum ini memberangsangkan sementara mengambil kesempatan ke atas situasi penyusutan US dolar.

US dolar memanjangkan penyusutan nilainya semalam selepas data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) turut catatkan bacaan yang suram mengiringi terbitan inflasi pengguna pada Rabu lalu.

Justeru, pasaran kini meletakkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) hanya akan menaikkan kadar faedah satu kali sahaja pada tahun ini dengan kitaran pengetatan dasar menghampiri ke penghujungnya.

Selepas lonjakan 100 pips pada Rabu lalu di carta GBP/USD, Khamis semalam menyaksikan kenaikan harian sekitar 150 pips melepasi paras 1.31000 untuk catatan paras ketinggian terbaru sejak April 2022.

Harga yang memulakan lonjakan dari bawah paras 1.30000 telah mencapai ketinggian sekitar 1.31400 di penghujung sesi New York dan harga masih berlegar perlahand di sekitar tersebut pada dagangan sesi Asia pagi Jumaat ini.

Momentum bullish tersebut dilihat akan meneruskan lagi kenaikan harga lebih tinggi di penghujung minggu ini dengan sasaran untuk memasuki zon rintangan pada 1.31700-1.32000.

Namun, tetap ada risiko untuk berlaku penurunan semula harga lebih-lebih lagi pada sesi-sesi akhir dagangan mingguan berikutan aktiviti profit taking oleh para pemain pasaran.

Harga jika susut di bawah paras 1.31000 semula akan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang akan memberi isyarat perubahan trend.

Untuk penurunan harga, paras 1.30000 boleh dicecah semula untuk berfungsi sebagai paras sokongan terhampir dan sekiranya harga tembus lebih rendah, harga boleh menuju pula ke sekitar 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat