GBP/USD Tepati Jangkaan Untuk Kekalkan Lonjakan Harga

592

Pound Sterling mengukuh ke paras lebih tinggi untuk bulan ini berbanding US dolar selepas melepasi $1.4000 pada penghujung minggu lalu.

Sentimen imunisasi vaksin di UK telah memberikan keyakinan pelabur terhadap dagangan Pound untuk beberapa minggu kebelakangan ini sehingga mendorong langkah untuk pelonggaran sekatan pergerakan.

Terbaru, Perdana Menteri UK Boris Johnson telah mengemukakan rancangan kerajaan berkenaan sekatan pergerakan. Beliau menjelaskan pelonggaran sekatan akan dijalankan dalam 4 peringkat dengan sekurang-kurangnya perbezaan 5 minggu antara setiap peringkat.

Fasa terakhir dijangka akan melihatkan sekatan dihapuskan dan kesemua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

Faktor positif ini akan terus menyokong pengukuhan Pound untuk ke paras lebih tinggi pada dagangan minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, pembukaan pasaran di awal minggu ini melihatkan harga berlegar di atas paras 1.4000 sebelum meneruskan kenaikan selepas menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga menuju ke paras ketinggian 1.41000 dengan pergerakan dalam trend bullish harga yang dijangkakan akan terus mengekalkan momentumnya.

Jika harga berjaya lepasi rintangan 1.41000, kenaikan seterusnya dijangka akan menuju pula ke paras ketinggian baru sekitar 1.42000.

Sekiranya penurunan harga berlaku, paras sokongan harga dilihat pada 1.40000 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah akan menuju semula ke zon RBS 1.38300 dengan jangkaan perubahan trend bearish harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat