GBP/USD Tepati Ramalan Untuk Jatuh Lebih Rendah

530

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD jelas memaparkan corak penurunan bersambung pada dagangan Selasa semalam berikutan Pound Sterling masih dibelenggu sentimen yang lemah.

Selain ketidaktentuan Brexit berhubung protocol Ireland Utara, perkembangan penularan Covid-19 di UK masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Pelabur menantikan petunjuk sama ada pembukaan ekonomi pada 19 Julai boleh dilaksanakan ataupun langkah sekatan pergerakan akan dilanjutkan untuk tempoh lebih panjang.

Dengan tekanan ekonomi UK, nilai Pound terus susut berbanding US dolar dengan penurunan harga semalam pada carta GBP/USD mencecah ke zon support 1.38000-1.38300.

Namun, zon tersebut masih berjaya membendung penurunan lebih rendah dengan harga pantul semula untuk bergerak perlahan di atas zon tersebut bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Pengukuhan US dolar pada dagangan semalam juga dilihat akan mendorong penurunan harga pada hari ini untuk melepasi paras lebih rendah di bawah 1.38000.

Jika harga berjaya turun lebih rendah, zon support pada 1.37000 akan menjadi sasaran bagi penurunan terbaru harga.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, zon rintangan sekitar 1.3900-1.39200 akan diuji sekali lagi seperti situasi di awal minggu.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut bakal menuju ke zon rintangan tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.40000 yang dicapai pada kenaikan minggu lalu.

Sementara menantikan laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat, pelabur akan meneliti juga data ekonomi UK seperti bacaan akhir GDP UK bagi suku pertama pada sesi Eropah hari ini yang akan mempengaruhi pergerakan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat