GBP/USD Terbantut Untuk Tembusi Zon $1.3600, Isyarat Untuk Harga Menjunam?

472

Meninjau kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga nampaknya telah melonjak pada sesi Eropah semalam (Selasa) namun ia ditendang semula pada zon SBR (support become resistance) 1.36000 untuk susut semula sehingga dagangan penghujung sesi New York.

Lonjakan itu turut telah menguji trendline resistance dan kembali susut untuk menjejaki paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum ditutup di sekitar 1.35600.

Pergerakan harga juga seperti memberi bayangan untuk membuat LH (lower high) namun harga dilihat tidak berdaya untuk menjunam lebih ketara dan seakan sedang membentuk corak kenaikan.

Pun begitu, pelabur tetap perlu berjaga-jaga terhadap pergerakan matawang Pound yang mana ia masih kekal dibelenggu oleh kenyataan dovish yang diutarakan oleh Bank of England (BOE) susulan kadar faedah yang dikekalkan.

Selain itu, risiko serta tekanan daripada pasca Brexit yang kembali hangat antara Eropah dan United Kingdom berkemungkinan akan mendorong nilai Pound untuk membuat semula penurunan.

Matawang USD pula dilihat masih terpalit kepada pelbagai ketidakpastian susulan Federal Reserve (Fed) yang sedang mengumpul segala sentimen bagi melaksanakan langkah pengetatan dasar polisi sementara data inflasi AS kini menjadi tumpuan.

Sekali lagi isyarat untuk paparan trend bullish yang jelas akan memperlihatkan harga menembusi trendline resistance serta kembali menuju zon SBR 1.36000 sebelum mencatat pendakian lebih gah.

Manakala andai kata harga pada kali ini berjaya memecahkan tembok di zon SBR tersebut, zon SBR seterusnya yang terdekat pada 1.37000 dijangka akan menjadi tumpuan utama para pelabur.

Akan tetapi sekiranya trendline resistance itu masih lagi membendung pergerakan harga daripada terus melonjak, zon RBS (resistance become support) 1.35000 berkemungkinan akan dicecah.

Penurunan yang lebih rendah pula akan menyaksikan harga menguji paras terendah 5 minggu yang menghampiri ke zon sokongan pada 1.34000 sebelum jangkaan harga bakal terus jatuh.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat