GBP/USD Terjun 250 Pips, Beri Amaran Awal Perubahan Trend Bakal Berlaku

288

Pelabur mula berjaga-jaga dengan petunjuk awal bagi perubahan trend bearish semula pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD selepas corak bullish telah dipamerkan sejak awal minggu.

Adakah US dolar sudah kembali ke landasan pengukuhannya semula?

Pengukuhan awal yang ditunjukkan US dolar bermula di sesi Eropah bersambung ke sesi New York semalam disokong oleh terbitan data pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat (AS) serta data tinjauan sektor perkhidmatan AS yang catat bacaan baik.

Namun, momentum pengukuhan US dolar tidak diteruskan pada penghujung sesi New York menyaksikan raja mata wang tersebut sedikit melemah semula.

Mata wang Pound pula berkemungkinan didagangan berwaspada dalam pasaran selepas pelabur memberi tumpuan pada perkembangan terbaru berkenaan pelan sekatan perkhidmatan Rusia dan mengehadkan eksport ke negara tersebut.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, kenaikan yang dipaparkan minggu ini dilihat gagal melepasi paras 1.15000 sebelum corak penurunan harga mula dipaparkan pada Rabu semalam.

Harga yang berlegar di paras ketinggian sekitar 1.14900 menjunam sekitar 250 pips ke paras 1.12300 sebelum melantun semula untuk menutup dagangan sesi New York di atas paras 1.13000.

Namun, mencetus jangkaan bagi perubahan awal trend harga adalah penyusutan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang berkemungkinan mengakhiri corak bullish sebelum ini.

Sekiranya halangan MA50 tidak berjaya harga tembusi pada kenaikan hari ini, pelabur perlu bersiap sedia dengan jangkaan situasi penurunan harga untuk menyambung penurunan semalam.

Harga bakal turun menuju sekitar 1.12000 sebelum penurunan diteruskan pula ke sekitar 1.11000 yang menjadi antara paras tumpuan harga minggu lalu.

Namun, sebaliknya jika harga tetap menyambung semula kenaikan sebelum ini, melepasi 1.15000 akan menjadi isyarat untuk harga kekal meneruskan pergerakan trend bullish.

Sasaran bagi kenaikan lebih tinggi harga boleh mencapai sehingga ke sekitar 1.16000 sebelum seterusnya ke paras ketinggian 1.18000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat