GBP/USD Terjun 80 Pips, Data PMI UK Bakal Memacu Pergerakan Harga

375

Pasangan matawang GBP/USD turut menjadi tumpuan pelabur pada dagangan penghujung minggu sementara menantikan perkembangan terbaru politik di Britain.

Sentimen Brexit masih kekal berisiko walaupun parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri UK Boris Johnson dijangka akan memenangi pilihan raya pada Disember nanti.

Sementara itu, tumpuan pada data ekonomi terarah pada bacaan awal PMI pembuatan dan perkhidmatan di UK. Angka bacaan yang lemah akan memberi tekanan terhadap dagangan Pound.

Melihatkan pergerakan harga pada carta GBP/USD semalam, harga telah membuat kenaikan sekali lagi menguji zon resistance di paras 1.29700 sebelum harga kembali menjunam hampir 80 pips.

Penurunan hampir mencecah paras 1.28900, paras yang turut diuji semalam yang merupakan zon RBS (resistance become support) tumpuan harga.

Penurunan harga tersebut turut didorong oleh pengukuhan dolar USD pada sesi New York semalam yang berjaya menekan semula harga pada GBP/USD ke paras lebih rendah.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga bergerak perlahan pada sesi pasaran Asia. Memasuki sesi Eropah, harga cuba bergerak lebih tinggi dari garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

Jika harga berjaya membuat kenaikan, harga dijangka akan kembali menuju semula zon resistance pada 1.29700 untuk menguji paras ketinggian tersebut.

Jika harga berjaya menembusi paras tersebut, harga akan mencatatkan paras tertinggi mingguan terbaru berkemungkinan menuju paras tumpuan pada 1.30000 yang diuji pada Oktober lalu.

Namun jika harga meneruskan penurunan semalam, harga akan cuba melepasi zon RBS 1.28900 sebelum turun lebih rendah sehingga ke paras sekitar 1.28200.

Momentum penurunan yang kukuh akan terus memacu harga ke zon support 1.27700 untuk paras tersebut diuji kembali.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat