GBP/USD Tersembam Ke Paras Terendah 5 Bulan!

586

Sentimen pembukaan semula ekonomi UK pada minggu ini dilihat gagal memulihkan pergerakan Pound, sebaliknya mata wang Britain itu susut lebih rendah berbanding US dolar pada dagangan awal minggu.

Berkemungkinan faktor kebimbangan penularan pantas Covid-19 varian baru memudarkan keyakinan pelabur dengan jangkaan ekonomi UK bakal bergelut untuk menuju ke arah pemulihan.

Sebaliknya, US dolar mendapat kelebihan dalam situasi pasaran berisiko seperti ini untuk mengukuh dan memberi tekanan terhadap dagangan mata wang Eropah.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah memaparkan penurunan harga pada Isnin di bawah paras 1.37000.

Bersambung pada dagangan Selasa semalam, harga meneruskan penurunan lebih rendah menguji zon support 1.36000. Kali terakhir zon tersebut diuji sebelum ini adalah pada Februari lalu.

Sejak penghujung minggu lalu sehingga semalam, pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan pelabur sekiranya harga turun di bawah paras 1.36000 dengan sasaran paras terendah terbaru mencecah 1.35000.

Untuk situasi kenaikan, zon 1.37000 dilihat akan menjadi rintangan buat harga sebelum menyambung penurunan.

Sekiranya harga tembus zon tersebut, ini akan kembali memberi isyarat pemulihan untuk harga membuat kenaikan semula.

Data sektor ekonomi UK yang akan diterbitkan di penghujung minggu akan diberi tumpuan pelabur untuk menilai reaksi pergerakan Pound dalam pasaran.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat