GBP/USD Terus Melonjak Sebaik Sahaja Dagangan Minggu Ini Bermula

568

Pound Sterling didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar pada awal minggu ini sementara US dolar bergerak lemah dalam pasaran ekoran sentimen positif vaksin yang masih menjadi perhatian.

Namun, kebimbangan terhadap penularan wabak pandemik sehingga mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak 11,752 pada Jumaat lalu telah membuatkan pelabur berwaspada terhadap sentimen yang agak bercampur.

Berhubung perkembangan Brexit pula, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memaklumkan bahawa perkembangan yang baik pada rundingan walaupun beliau menambah masih terdapat beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan.

Pasaran sedang menantikan pengumuman Brexit pada minggu ini dengan harapan UK dan Kesatuan Eropah (EU) dapat mengikat persetujuan.

Harapan tersebut menjadi faktor mendorong peningkatan dagangan Pound Sterling dengan mempamerkan kenaikan pada carta harga GBP/USD melepasi zon resistance 1.30000 sebaik sahaja dagangan minggu ini bermula.

Zon resistance tersebut sebelum ini gagal ditembusi sejak diuji selama 2 minggu lalu, namun harga berjaya menembusinya di awal sesi Asia hari ini sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 11 minggu.

Setakat awal sesi Eropah, harga masih bergerak perlahan di sekitar paras ketinggian 1.33300 sementara pasaran menantikan data bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan UK pada jam 5.30 petang waktu tempatan.

Jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan, paras ketinggian 1.34000 akan dituju harga sebelum ke paras 1.35000 yang menjadi rintangan harga pada dagangan September lalu.

Namun jika harga kembali menjunam semula di bawah paras 1.30000, pelabur akan kembali melihat isyarat trend bearish pada carta GBP/USD.

Penurunan lebih rendah bakal menuju ke paras 1.32000 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat