GBP/USD Terus Memuncak Tembusi Ketinggian $1.1600

172

Pound Sterling terus pamerkan peningkatan nilai yang positif pada dagangan Rabu semalam selepas Rishi Sunak mengambil alih jawatan Perdana Menteri UK yang mula meredakan kebimbangan pelabur terhadap perkembangan semasa ekonomi UK.

Menteri Kewangan Jeremy Hunt sedang dalam perbincangan bersama bank pusat England (BOE) selepas pelan bajet jangka masa sederhana ditangguhkan sehingga 17 November, sementara menuju mesyuarat polisi bank pusat pada minggu hadapan.

Pound didagangkan ke paras tertinggi 6 minggu berbanding US dolar ekoran faktor-faktor semasa dalam pasaran masih memberi tekanan kepada raja mata wang itu.

US dolar kekal bergerak lemah sementara pelabur waspada menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) setelah data sektor pembuatan dan perkhidmatan serta data keyakinan pengguna yang merosot.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam menyaksikan lonjakan diteruskan menyambung corak bullish pada Selasa lalu.

Harga sekali lagi mencatatkan kenaikan harian 200 pips sehingga dagangan di penghujung sesi New York telah mencapai ke paras sasaran 1.16000.

Pergerakan harga perlahan bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), berlegar di antara julat 1.16000 dan 1.16500.

Namun, dengan lonjakan bertenaga dipaparkan 2 hari berturut-turut, penganalisis kekal menjangkakan kenaikan lebih tinggi untuk menuju pula ke sekitar 1.18000.

Mencapai ketinggian tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru buat harga bagi tempoh dagangan 9 minggu.

Namun, jika berlaku corak penurunan semula harga, zon 1.15000 akan menjadi tumpuan awal sebelum paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Penurunan lebih rendah dari paras-paras tersebut akan menjadi isyarat bagi perubahan trend harga mengakhiri pergerakan bullish sebelum ini.

Penurunan yang dilanjutkan dilihat akan menuju paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.13000 atau 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat