GBP/USD Terus Tergelincir Ke Paras Terendah Terbaharu

293

Tampaknya meninjau kepada carta pergerakan harga GBP/USD menyaksikan penurunan diteruskan sehingga sekali lagi mencipta paras terendah yang terbaharu lagi sejak Disember 2020 sekitar 1.33420.

Corak harga turut disaksikan terus menghasilkan kejatuhan hampir 500 pips daripada paras ketinggian 1.38300 yang terakhir kali pernah dicapai di penghujung dagangan Oktober 2021 untuk kekal bearish.

Penurunan harga itu dilihat adalah kesinambungan daripada corak bearish harga yang telah bermula pada awal Jun lalu dengan paras tertinggi yang dicatatkan pada 1.42420 untuk tahun ini.

Dari paras ketinggian berkenaan, harga juga telah merekodkan penurunan melebihi 800 pips sehingga bersambung ke sesi dagangan hari ini (Rabu).

Matawang Pound kekal lemah setelah kembali dikecewakan kenyataan daripada Gabenor Bank Pusat England (BOE) Andrew Bailey yang tidak menampil petunjuk bagi perubahan polisi atau kadar faedah.

Pencalonan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) yang kekal melantik Jerome Powell sebagai Pengerusi Federal Reserve (Fed) yang serba sedikit mengukuhkan penguasaan matawang USD.

Tumpuan seterusnya akan lebih terarah kepada terbitan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini serta turut menjadi petunjuk bagi kadar inflasi.

Penekanan harga untuk terus mengekalkan penurunan bakal menyaksikan pergerakan harga menuju semula ke paras terendah sekitar 1.33420 sebelum jangkaan berupaya menguji paras lebih rendah.

Manakala penurunan yang lebih drastik akan melihat harga mencecah ke zon sokongan berikutnya pada 1.33000 dan sekali lagi bakal merekodkan paras terendah yang terbaharu untuk tahun 2021.

Bagi petunjuk awal kepada perubahan trend bullish bakal dinantikan untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1.34000 yang sebelum ini menjadi zon sokongan kepada kenaikan harga.

Kemudian zon SBR yang selanjutnya pada 1.35000 dijangka akan diuji semula setelah sering kali gagal ditembusi pada penutup dagangan minggu lalu dan kebarangkalian akan mampu untuk dirobek kali ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat