GBP/USD Teruskan Kenaikan Harga Pada Sesi Eropah Hari Ini

533

Minggu ini pelabur masih memberi tumpuan pada perkembangan Brexit selepas laporan hujung minggu memberikan keputusan undian yang tidak memihak kepada Brexit, dan mendesak Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk memohon penangguhan Brexit.

Spekulator dalam pasaran melihat sentimen terbahagi antara optimis dan pesimis berikutan penangguhan Brexit dilihat sebagai suatu kekecewaan selepas perjanjian telah dicapai pada minggu lalu. Dalam masa yang sama ia turut memberi kelegaan dan ruang untuk Britain membuat persiapan.

Surat permohonan penangguhan telah pun dihantar dan kini keputusan akan bergantung pada EU27 untuk meluluskan penangguhan tersebut. Cadangan penangguhan Brexit berkemungkinan mengambil tempoh waktu sehingga Februari 2020.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga menunjukkan lonjakan pada sesi Eropah hari ini selepas pergerakan mendatar harga sejak awal sesi Asia hari ini bermula.

Harga mencatatkan paras ketinggian terbaru mencecah paras 1.30000 namun dilihat masih bergelut untuk menembusi zon resistance tersebut yang turut diuji pada dagangan minggu lalu.

Corak kenaikan harga sepanjang minggu lalu juga dilihat bergerak di atas garisan trendline yang membentuk paras halangan dinamik pada carta GBP/USD tersebut.

Jika perkembangan Brexit terus memberikan khabar yang positif, harga bakal terus didorong melakukan lonjakan mencari paras ketinggian yang terbaru sejak dagangan Mei selepas melepasi paras 1.3000 yang berada pada zon SBR (support become resistance) utama.

Namun, kekal berwaspada jika berlaku penurunan harga dengan jangkaan paras 1.27800 akan menjadi destinasi tumpuan harga sebelum menuju pula ke paras 1.27000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat