GBP/USD Turun Ke Zon $1.1800, Tapi Melantun Semula Hari Ini

128

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam mempamerkan corak penurunan untuk pembukaan pasaran di awal minggu ini.

Ini susulan oleh faktor pengukuhan semula US dolar dalam pasaran yang memiliki kelebihan ketika suasana yang berisiko ekoran perkembangan Covid-19 di China.

Beijing dan Guangzhou sudah mula melaporkan kematian akibat jangkitan Covid-19 selain kes jangkitan yang kian melonjak.

Pound Sterling terus gagal untuk mengukuh sejak minggu lalu walaupun kadar inflasi UK catat lonjakan ke paras tertinggi 41 tahun.

Dengan jangkaan US dolar yang berpotensi untuk mengukuh semula, Pound bakal didagangkan lebih tertekan pada minggu ini.

Jika diteliti, harga pada carta GBP/USD semalam pamerkan penurunan harian sekitar 110 pips dengan penurunan bermula dari sesi Asia bersambung ke sesi Eropah ke zon support 1.18000.

Namun, harga mula mendatar pada dagangan sesi New York dan sedikit melantun pada penghujung sesi dari 1.18000 tersebut.

Kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi Selasa ini menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk pelabur menilai petunjuk bagi sebarang perubahan pada trend harga.

Sekiranya harga berpatah arah membuat penurunan semula, masih lagi zon 1.18000 akan diuji yang menjadi zon sokongan harga sejak minggu lalu.

Jika ditembusi, harga bakal melanjutkan penurunan dengan jangkaan untuk menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.16000.

Namun, jika harga berjaya kekalkan kenaikan sehingga ke sesi-sesi berikutnya, melepasi zon 1.19000 akan melihatkan harga bakal menguji kembali zon rintangan 1.20000 yang dicapai minggu lalu ketika harga merekodkan paras tertinggi 13 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat