GBP/USD Turut Susut Tempias Euro Selepas Mesyuarat ECB

191

US dolar bergerak mendatar menuju dagangan penghujung minggu dengan sentimen pasaran yang dilihat masih bercampur-campur.

Pelabur waspada terhadap pergerakan US dolar menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam nanti yang dijangka meningkat oleh pasaran.

Sementara itu, Pound telah dilihat turut mengalami penyusutan disebabkan oleh tempias Euro yang menjunam selepas keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) semalam.

Pelabur juga masih terus memantau perkembangan isu Brexit berikutan sebarang laporan terbaru boleh mencetuskan ketidaktentuan terhadap mata wang Pound.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi Eropah semalam menyaksikan harga telah membuat kenaikan sekitar 60 pips mencapai ke paras 1.25500 sebelum membuat penurunan semula pada sesi New York semalam dan kembali mendatar pada zon 1.25000 bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Harga masih menunjukkan isyarat untuk pergerakan bearish di mana harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Jika Pound terus menyusut, harga bakal membuat penurunan lebih rendah dan menguji semula zon 1.24000 untuk meneruskan trend bearish yang lebih jelas.

Penurunan lanjut harga yang diteruskan bakal menguji pula zon 1.22800 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku semula, harga bakal membuat kenaikan dari zon 1.25000 dan seterusnya menuju ke zon 1.26000 untuk menguji zon rintangan tersebut.

Kenaikan harga yang masih berjaya diteruskan menembusi zon rintangan tersebut akan mensasarkan untuk kenaikan lebih tinggi pada zon rintangan seterusnya pada 1.27000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat