GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar terus merudum lebih 100 pips Jumaat lalu, untuk 6 hari berturut-turut, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5340 ke serendah 1.5235, sebelum menutup sekitar paras 1.5285; selepas para pelabur kecewa dengan laporan anggaran GDP UK. Sterling mencecah tiga minggu terendah berbanding Dolar AS, selepas data mengesahkan ekonomi British berkembang hanya 0.3% pada suku pertama berbanding dengan suku sebelumnya.  Para penganalisis menjangkakan 0.4%.

British Pound boleh mendapat manfaat dari peningkatan perbelanjaan pengguna yang membantu aktiviti ekonomi secara menyeluruh, dan menolak pulangan bon kerajaan ke paras yang lebih tinggi. Tetapi beberapa pelabur berkata, pasaran ekuiti UK adalah lebih menarik berbanding Euro-Zone, setelah merudum sekitar pilihan raya Parlimen Britain awal bulan lalu.

“Kami terus melihat nilai di UK, yang kurang berprestasi berbanding pasaran Eropah yang lain ketika menjelang pilihan raya lalu,” menurut Alan Mudie, ketua strategi pelaburan di Perbankan Peribadi Societe Generale, ketika memetik prospek pertumbuhan pendapatan syarikat dan penilaian semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat