GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2016

40

David Simonds cartoon on British economy

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik sekitar 95 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4475 ke serendah $1.4380, sebelum menutup sekitar paras $1.4405; setelah sentimen pasaran berubah, sekaligus membantu Pound kerana ia telah diniagakan rendah sehingga pembeli membida lebih tinggi. Para trader kini mengharap beberapa petunjuk dari undi MPC dan penyata kewangan dari Bank of England hari ini untuk kenaikan kadar.

Pound telah jatuh lebih 1,550 pips sejak Jun tahun lepas, terkesan dari jangkaan pasaran bahawa Bank of England akan hanya mula menaikkan kadar pada 2017. Sebelum daripada itu, para pelabur percaya bahawa kadar UK akan meningkat pada separuh kedua tahun 2016 ini, selepas Federal Reserve AS menaikkan kadar bagi kali pertama sejak 2006, pada bulan lalu. Minit mesyuarat BoE hari ini dijangka mengulangi mesej yang negatif pada Disember lalu, dengan harga minyak yang lemah mengekalkan kadar inflasi pada paras rendah dan pertumbuhan gaji yang sedikit.

[adrotate group=”6″]

Trader berkata terdapat risiko kecil yang anggota tunggal dalam jawatankuasa sembilan anggota yang telah mengundi untuk menaikkan kadar pada masa lalu, boleh mengubah undinya, satu langkah yang akan menjejaskan Sterling.  Pada masa yang sama, trader perlu melihat potensi undi Brexit sebagai risiko besar. Terdapat pelbagai risiko untuk dipertimbangkan oleh pelabur, termasuk ancaman aliran keluar modal dan kebimbangan bahawa perusahaan akan mengosongkan operasi mereka di UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat