GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Dec 2014

31

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007Pound Dollar didagangkan dalam suasana “ranging” dari setinggi 1.5745 ke serendah 1.5695 pada Jumaat lalu selepas tiada sebarang data ekonomi dari United Kingdom.  Dalam satu sidang akhbar di London baru-baru ini, Gabenor Carney mengumumkan, tertakluk kepada keputusan parlimen, Majlis Mesyuarat MPC Bank of England bakal mengurangkan mesyuaratnya dari 12 kepada hanya 8 dalam setahun.

Pengurangan jumlah mesyuarat ini dilihat sebagai tanda, yang pemikiran ahli Majlis Mesyuarat MPC boleh mempengaruhi suasana pasaran seperti yang berlaku Ogos lalu; beberapa minggu selepas seorang penggubal undang-undang Britain mengatakan Gabenor Carney seolah-olah tidak dapat dipercayai apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.  Pada 13 Ogos lalu, selepas BoE mengekalkan “interest rate” pada kadar 0.5% dan Gabenor Carney mengatakan MPC tiada hasrat untuk mempercepatkan kenaikan “interest-rate”, Pound terus merudum.  Walau bagaimanapun, selepas para penganalisa meneliti minit mesyuarat MPC yang keluar pada 20 Ogos, mereka mendapati terdapat undi minority untuk menaikkan “interest rate” dan ini melonjakkan kembali Pound.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdon hari ini, dan hanya data berimpak sederhana dari Amerika Syarikat yang secara umumnya dijangka lebih baik; Pound dilihat bakal hilang momentum yang dijana minggu lepas dan terus didagangkan dalam suasana “ranging”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat