GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Dis 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar merudum lebih 120 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.5105, sebelum pulih semula untuk menutup sekitar paras $1.5140 pada petang New York; setelah Dollar AS meningkat, terkesan daripada penurunan baru dalam harga minyak dan tanda-tanda kelembapan selanjutnya dalam ekonomi China yang meningkatkan permintaan Dollar AS sebagai ‘safe-haven’.

Di pasaran UK, pasca mesyuarat kadar Bank of England, para pelabur menyimpulkan bahawa pegawai BoE telah gagal untuk menawarkan gambaran yang lebih jelas terhadap kenaikan kadar dan prospek masa depan Sterling. Sembilan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari BOE mengundi 8-1 untuk mengekalkan kos pinjaman pada rekod rendah 0.5% dalam keputusan terakhir tahun ini. Pegawai BoE berkata lagi bahawa harga minyak yang rendah dan pertumbuhan upah yang lemah akan terus mengekang inflasi, sama seperti kenyataan sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

Hari ini UK bakal melaporkan inflasi (CPI) yang dijangka bertambah baik dari -0.1% kepada 0.1%, harga pengeluar yang dijangka susut dari 0.2% kepada -1.0% dan harga runcit yang dijangka naik dari 0.7% kepada 0.9%. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan inflasi (CPI) yang dijangka turun dari 0.2% kepada sifar, walaupun inflasi teras dijangka kekal pada 0.2%.  Indeks pembuatan Empire State AS pula dijangka bertambah baik dari -10.7 mata kepada -5.7 mata, walaupun angka yang negatif menunjukkan aktivit ekonomi yang masih lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat