GBPUSD Analisa Fundamental Harian 15 Sep 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-003

Pound Dollar merudum lebih 95 pips sepanjang sesi dagangan Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5370 sebelum kembali memacu naik pada lewat petang New York dan menutup sekitar paras 1.5425; setelah para pedagang mula menumpukan perhatian kepada mesyuarat FOMC Federal Reserve AS pada 16-17 September ini.

Laporan utama dari UK minggu ini termasuk laporan tahunan CPI pada hari ini, yang dijangka menurun dari 0.1% kepada 0.0%. Esok pula, Indeks Purata Pendapatan dijangka meningkat sedikit kepada 2.5% daripada 2.4%. Pemohon bantuan pengangguran dijangka pada -5,100 berbanding -4,900 pada bulan lepas. Kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah pada 5.6%.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat, semua mata tertumpu kepada mesyuarat FOMC Federal Reserve.  Walaupun ahli majlis FOMC ingin melihat inflasi jangka panjang mencapai matlamat yang disasarkan sebanyak 2%, sebelum ia mengangkat kadar buat kali pertama sejak 2006; terdapat beberapa ahli Fed yang agresif termasuk Naib Pengerusi Stanley Fischer yang percaya bank pusat AS itu boleh menormalkan dasar sebelum ia mencapai sasaran inflasi.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat