GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

32

Pound Dollar melonjak lebih 105 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4240 sebelum semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1.4210; setelah para trader cuba untuk memberikan nilai yang tepat untuk Sterling yang dibayangi oleh senario Brexit.  Dalam pada itu, sentimen pengguna AS yang mengecewakan menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian.

Walaupun risiko ‘Brexit’ kelihatan sebahagian besarnya telah difaktorkan ke dalam harga, selepas pemilihan meramalkan keputusan yang sangat sengit, kemungkinan yang ianya bakal menyebabkan kemuncak turun naik dalam euro/dollar masih kabur dari radar para pelabur. Antara kemungkinannya ialah pengeluaran UK bakal mencetuskan satu tamparan keyakinan kepada perpaduan Eropah dan mungkin menghidupkan semula ‘Grexit’.

[adrotate group=”6″]

Currency News melaporkan bahawa prestasi lembap Pound Sterling di pasaran Jumaat lalu adalah sebahagiannya didorong oleh amaran Bank of England mengenai potensi kesan pemberat ekonomi yang mungkin dicetuskan oleh terjadinya ‘Brexit’.  Turut bersetuju dengan BoE ialah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada awal minggu lepas yang mengatakan ‘Brexit’ boleh mencetuskan risiko kejatuhan ekonomi global.

Terdapat beberapa tanda-tanda bahawa ketidaktentuan yang berkaitan dengan referendum EU, telah mula memberi tekanan kepada kawasan-kawasan tertentu dalam Euro-Zone; kerana beberapa keputusan, termasuk perbelanjaan modal dan urus niaga hartanah komersial, sedang ditangguhkan sementara menunggu keputusan undi. Ini mungkin membawa kepada beberapa kelemahan dalam pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama tahun 2016.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat