GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2016

37

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 100 pips, dari paras tertinggi harian sekitar $1.4340 ke serendah $1.4235; setelah data pasaran pekerjaan UK dilaporkan bercampur-campur.  Pada masa yang sama, minit mesyuarat FOMC AS yang disiarkan awal pagi tadi menunjukkan Feds AS yang agak negatif dengan ekonomi AS, telah memberikan sokongan kepada matawang selain Dollar AS.

Di pasaran UK, laporan pekerjaan semalam menunjukkan kadar pengangguran stabil pada 5.1% seperti bulan lepas, walaupun angka tersebut meleset dari jangkaan pasaran yang menjangkakan angka yang lebih rendah sebanyak 5%. Kadar pertumbuhan upah tahunan pula dilaporkan pada 2% – di bawah purata sebelum krisis 2008 sebanyak 4%. Pendapatan mingguan purata untuk suku keempat 2015 meningkat sebanyak 1.9% seperti yang diharapkan, walaupun ianya turun dari 2.1% – yang paling rendah bagi tahun 2015.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Timbalan Gabenor Bank of England, Jon Cunliffe bakal berucap pada persidangan tahunan Majlis Kewangan Switzerland di Brussel, dan beliau mungkin memberikan padangan masa depan terhadap ekonomi Britain dan Euro-Zone, serta isu ‘Brexit’. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 269 ribu kepada 275 ribu dan indeks perkilangan Feds kawasan Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari -3.5 mata kepada -2.9 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat