GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 April 2016

33

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 145 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4418 sebelum menutup sekitar paras $1.4395; setelah Dollar AS terus lemah dan Britain seolah-olah telah mendapat anjakan sentimen kerana pengundi dijangka menyokong ‘kekal’ pada referendum bulan Jun nanti.

The British Pound Sterling Trust (FXB), yang menjejaki pergerakan pound British berbanding Dollar AS, turun lebih daripada 4% untuk tahun ini sehingga kini, sekaligus menjadikannya salah satu daripada ETF matawang negara maju paling teruk yang dilaporkan oleh ETF Trend. Kebanyakan daripada kejatuhan FXB ini boleh dikaitkan dengan kebimbangan bahawa Great Britain boleh memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

[adrotate group=”6″]

Dengan hanya lebih dua bulan sebelum referendum itu, spekulasi sedang meluas mengenai bagaimana teruk Pound akan merudum jika Great Britain keluari dari Kesatuan Eropah. Pada awal tahun ini, FXB mencecah paras terendah tahunan selepas spekulasi mengatakan bahawa Great Britain akan keluar dari Kesatuan Eropah, adalah kemungkinan benar. Pemerhati pasaran hampir sepenuhnya percaya bahawa peristiwa itu adalah buruk untuk Pound.

Malah Moody Analytics telah memberi amaran bahawa ia boleh menurunkan taraf kredit UK jika negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah. Beberapa pengurus aset dan bank-bank terkenal mengesahkan bahawa Pound dan pasaran saham British boleh merudum di tengah-tengah “Brexit.”  

Hari ini UK bakal melaporkan data sektor pekerjaan dengan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 5.1%.  Tuntutan bantuan pengangguran dijangka berkurang dari 18 ribu kepada 11,900 orang dan indeks pendapatan purata dijangka stabil pada 2.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat