GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Dis 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4930 ke serendah $1.4875, sebelum menutup sekitar paras $1.4880 yang lebih rendah dari pembukaan sekitar $1.4890; setelah pasaran UK dilihat mula perlahan menjelang cuti Krismas walaupun terdapat bidaan untuk membeli Pound pada kadar tukaran yang lebih rendah.

Pound telah menurun dengan mantap berbanding Dollar sejak 6 bulan lalu, sebelum dan juga selepas kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas daripada Federal Reserve AS. Sebelum Bank of England (BOE) menerbitkan prospek inflasi yang lebih lemah dan mula mengeluarkan kenyataan dasar monetari yang negatif; Pound dijangka menjadi pencabar utama Dollar, apabila BoE mengambil alih kenaikan kadar dari Feds.

[adrotate group=”6″]

Sekarang sentimen pasaran telah beralih, dan kini ekonomi global menjangkakan beberapa lagi kenaikan dari Feds, sebelum BoE akhirnya mengambil alih. Tumpuan akan diberikan kepada statistik inflasi serta pertumbuhan gaji UK bagi tahun ini. Setakat ini hanya ada satu undi kenaikan kadar dalam lembaga BoE, Ian McCafferty, yang diharapkan untuk menjadi dua undi apabila September tiba. Melainkan jika keadaan menjadi lebih teruk di seluruh China, BoE boleh jadi semakin hampir dengan kenaikan kadar pada akhir tahun 2016.

Terdapat bacaan akhir KDNK (GDP) suku ketiga UK minggu ini, yang penting bagi GBP dan dijangka turun sederhana dari bacaan sebelumnya sebanyak 2.4% pada suku kedua dan 2.7% pada suku pertama, menurut konsensus pasaran. Walaupun jualan runcit November naik mengejut baru-baru ini, kejatuhan seterusnya dalam momentum pertumbuhan UK adalah dijangka pada kadar 2.0% pada suku keempat tahun ini. “Tahun depan kami menjangkakan pertumbuhan UK jatuh lagi kepada 1.9%, apabila risiko dasar fiskal dan referendum EU mula menggigit”, menurut Barclays dalam laporannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat