GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar terus merudum Selasa semalam, lebih 100 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4805 sebelum menutup sekitar paras $1.4825; setelah pinjaman bersih sektor awam UK melebihi jangkaan dan angka bulan lepas. Tidak termasuk pinjaman oleh bank-bank yang disokong negara, pinjaman adalah sebanyak £14.2 bilion pada bulan November, lebih besar dari £7.4 bilion pada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi menjangkakan pinjaman yang lebih rendah sekitar £11.8 bilion.

Ia adalah jauh lebih banyak daripada apa yang diharapkan dan UK telah terlepas sasaran disiplin fiskalnya. Canselor George Osborne asalnya merancang untuk mengimbangi belanjawan UK pada 2018, tetapi kemudian disemak semula kepada 2019/20; namun kini ia boleh menjadi lebih lama daripada itu dengan bacaan angka terbaru ini. Pinjaman bersih sektor awam kini £71.4 bilion lebih tinggi berbanding dengan bulan yang sama tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kepada £1.54 trilion.

[adrotate group=”6″]

Kos pinjaman UK telah meningkat di pasaran bon. Kadar pulangan Gilt 2 tahun mencapai 4.25%, dan diniagakan sekitar 0.61%; manakala kadar pulangan Gilt 10 tahun adalah pada 1.5%, dan diniagakan pada 1.84%.  Hari ini UK bakal melaporkan defisit akaun semasa suku ketiga yang dijangka bertambah lebar dengan £21.3 bilion berbanding £16.8 bilion, dan bacaan akhir GDP suku ketiga yang dijangka stabil pada 0.5%.  AS pula bakal melaporkan tempahan barangan tahan lama yang dijangka menurun dari 0.5% kepada 0.1% dan beberapa laporan berimpak sederhana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat