GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Sep 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar jatuh untuk 3 hari berturut-turut, lebih 185 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5340 sebelum menutup sekitar paras 1.5365; setelah mata wang Amerika itu terus pulih. Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart berkata, keputusan minggu lepas untuk mengekalkan kadar adalah sebahagian daripada “pengurusan risiko” untuk memastikan turun naik pasaran baru-baru ini, tidak akan memberati ekonomi Amerika Syarikat. Katanya, beliau masih menjangka Feds untuk menaikkan kadar pada akhir tahun ini.

Pasaran kini menunggu untuk mendengar daripada Pengerusi Feds Janet Yellen sendiri, yang akan berucap pada Khamis nanti.  Menjelang ucapan Yellen, satu laporan kajian aktiviti pembuatan di China hari ini akan menjadi perhatian. Dengan kebimbangan terhadap pertumbuhan global dan ekonomi China yang lebih lemah, laporan itu akan menetapkan ‘mood’ pasaran.

[adrotate group=”6″]

“Memandangkan kadar UK dan AS mempunyai korelasi yang tinggi kerana pasaran menganggap dasar Feds dan BoE sebagai selari, sterling telah mendapat manfaat terkesan dari pasaran yang memberikan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk kenaikan kadar Fed tahun ini,” menurut Petr Krpata, seorang penganalisis strategi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat