GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar kembali menjunam lebih 200 pips sepanjang sesi Eropah Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5690 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.5495, selepas berada pada paras 7 tahun tertinggi berbanding beberapa matawang utama, ekoran laporan ekonomi Britain yang bertambah baik. Namun, data inflasi AS pada Jumaat yang lebih baik dari jangkaan, menyebabkan Dollar melonjak, sekaligus merudumkan kadar tukaran GBP|USD.

Sebelum daripada itu, Sterling muncul gagah pada Khamis lalu, selepas data menunjukkan jualan runcit British meningkat lebih kukuh daripada yang dijangkakan pada bulan April. Mata wang Queen itu telah menerima kejatuhan awal minggu lalu, selepas inflasi UK jatuh di bawah sifar pada bulan April untuk kali pertama dalam masa 55 tahun.

Data pada Jumaat pula, menunjukkan defisit bajet untuk sektor awam Britain telah mengecil lebih daripada yang dijangkakan pada bulan April. Pinjaman bersih sektor awam, tidak termasuk bank-bank kepunyaan negeri, berjumlah £6.8 billion pada bulan April, turun hampir 27% daripada setahun yang lalu, dan merupakan penurunan yang paling rendah untuk bulan tersebut sejak tahun 2008. Ahli ekonomi yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan Reuters, meramalkan penurunan sebanyak £8.1 billion pound.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat