GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Nov 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar terus merudum untuk hari ketiga, lebih 95 pips Selasa semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5055, sebelum menutup sekitar paras 1.5075; setelah kenyataan musim luruh daripada Bank of England dan Gabenor Mark Carney yang membentangkan laporan inflasi. Di pasaran UK, perhatian diberikan kepada Gabenor Bank of England Mark Carney yang memberi keterangan kepada penggubal undang-undang UK semalam.

Awal bulan ini, beliau menyejukkan jangkaan bahawa BoE akan mengikuti Federal Reserve AS tidak lama lagi dalam meningkatkan kadar, dan beliau menegaskan bahawa terdapat faktor luaran yang memberi risiko kepada pertumbuhan ekonomi Britain.  Beliau berkata bahawa BoE tidak tergesa-gesa dalam mahu menaikkan kadar.  “Persoalannya ialah bilakah masa yang sesuai untuk menaikkan kadar, dan ianya perlulah konsisten dengan kekuatan ekonomi negara” tambah beliau kepada parlimen Britain semalam.

[adrotate group=”6″]

Kejatuhan Sterling boleh dikaitkan dengan Dollar yang kukuh, menurut pakar strategi matawang BNP Paribas Sam Lynton-Brown; dan dalam jangka masa sederhana keyakinan BNP Paribas terhadap sterling kekal tidak berbelah bahagi.  “Kami rasa pasaran meletakkan jangkaan yang rendah terhadap masa dan kadar kenaikan oleh Bank of England. Pasaran menjangka kenaikan pertama BoE pada suku pertama 2017. Pakar ekonomi kami masih berfikir bahawa kadar bakal naik pada bulan Mei tahun depan.” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, jangkaan bahawa Britain boleh mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah tahun depan, semakin hangat di pasaran yang telah menambah risiko turun naik.  Referendum juga boleh menambah komplikasi pada masa kenaikan kadar, seperti yang dinyatakan oleh para pengurus aset dalam sidang kemuncak Reuter baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat