GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Nov 2015

53

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5135 ke serendah 1.5055, sebelum menutup sekitar paras 1.5130; setelah Gabenor Bank of England Mark Carney mengumumkan bahawa kadar akan kekal rendah untuk beberapa ketika. Pada masa yang sama, ahli ekonomi BoE Haldane mengumumkan bahawa keseimbangan risiko untuk ekonomi UK dan inflasi adalah cenderung ke bawah.

Di pasaran UK, Chansellor Kewangan George Osborne akan mengumumkan pemotongan besar dalam perbelanjaan bagi polis, penjagaan sosial, kerajaan tempatan, pendidikan lanjutan, tenaga yang boleh diperbaharui dan kebajikan.  Beliau terpaksa akhirnya menyatakan bagaimana beliau merancang untuk mengurangkan perbelanjaan di jabatan-jabatan utama kerajaan secara kumulatif, sebanyak lebih kurang 50% sejak Parti Konservatif berkuasa pada tahun 2010.

[adrotate group=”6″]

Selepas seminggu tumpuan media mengenai jabatan yang dilindungi, chanselor Osborne akan memperincikan bagaimana pemotongan akan dilakukan di seluruh jabatan kerajaan.  Chanselor dalam latihan John McDonnell berkata, Osborne tidak mempunyai alasan lagi selepas lima tahun. Mengambil tema keselamatan dari Osborne, beliau menambah: “pemotongan akan meletakkan kehidupan rakyat dalam risiko.”

Menteri-menteri telah berjanji untuk mengurangkan perbelanjaan kebajikan tahunan sebanyak £12 bilion, dan jabatan kerajaan telah diminta untuk mencari sejumlah £20 bilion simpanan di bawah rancangan untuk mencapai lebihan bajet £10 bilion menjelang 2019-2020. Chanselor Osborne juga berharap dapat meningkatkan £5 bilion melalui tindakan keras ke atas rakyat yang mengelak dari membayar cukai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat