GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Feb 2016

36

Pound Dollar yang memacu naik lebih 90 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4040 sepanjang sesi Asia dan Eropah Jumaat lalu, merudum lebih 185 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.3855, sebelum menutup sekitar paras $1.3870; setelah isu ‘Brexit’ terus menguasai pasaran.  Pada masa yang sama, laporan pertumbuhan ekonomi AS yang memberansangkan terus menyokong pembelian Dollar, sekaligus menjatuhkan nilai tukaran GBP/USD.

Di pasaran UK, pengurus pelaburan pendapatan tetap global di NN Investment Partners, Jack Row berkata, Pound sudah lemah 4-7% berikutan risiko Brexit dan memberi amaran ia boleh jatuh lagi. Beliau berkata: “Ia tidak mudah untuk menilai berapa banyak kelemahan GBP adalah disebabkan risiko Brexit dan korelasi dengan Dollar AS dan Euro telah stabil.

[adrotate group=”6″]

“Ia tidak mudah untuk mengatakan bahawa perkembangan kitaran, seperti data ekonomi UK yang mengecewakan dan pendirian Bank of England yang lebih ‘dovish, boleh boleh dipisahkan dari risiko Brexit. Tetapi ia berpatutan untuk mengatakan bahawa GBP adalah sekitar 4-7% lebih lemah kerana itu.” tambah beliau lagi.

Hari ini UK bakal melaporkan nilai pinjaman bersih kepada individu untuk bulan Januari yang dijangka meningkat daripada 4.4 bilion kepada 5.2 bilion dan AS pula bakal melaporkan jualan rumah tertangguh yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat