GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2016

26

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1.4325 ke setinggi $1.4445, sebelum menutup sekitar paras $1.4410; setelah data PMI pembinaan UK datang lebih rendah daripada yang dijangkakan. Pertumbuhan dalam industri pembinaan Britain berada pada paras paling lemah dalam tempoh sembilan bulan pada bulan Januari lalu, selepas pemulihan yang singkat pada bulan Disember, menurut kaji selidik yang disiarkan semalam.

Di pasaran UK, Indeks Markit/CIPS PMI Pembinaan dilaporkan lemah kepada 55.0 mata daripada 57.8 mata, di bawah ramalan median 57.5 mata dalam undian ahli ekonomi Reuters. Pada masa yang sama, tempahan meningkat pada kadar paling lemah dalam empat bulan, dan firma pembinaan mengambil kakitangan pada kadar paling perlahan sejak September 2013. Pembinaan rumah dan kerja hartanah komersial merupakan pemacu terbesar di belakang kelembapan dalam bulan Januari, menurut kajian Markit semalam.

[adrotate group=”6″]

Hari ini pasaran akan mendapat laporan ketiga dan yang paling penting sekali: PMI perkhidmatan UK. Angka ini sentiasa menghayun Pound kerana perkhidmatan merupakan sektor yang terbesar. Sektor perkhidmatan UK dijangka turun dari 55.5 mata kepada 55.4 mata. Malamnya pula AS bakal melaporkan ADP ‘Non-Farm Payroll’ yang dijangka menunjukkan pengurangan pengambilan pekerja sebanyak 64 ribu, serta laporan ISM PMI Perkhidmatan yang dijangka susut dari 55.3 mata kepada 55.1 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat