GBPUSD Analisa Fundamental Harian 3 Mar 2015

49

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar dilihat mula dijual semula, setelah mencapai paras tertinggi harian, sekitar 1.5430, apabila data kredit pengguna dan pinjaman individu dilaporkan meleset dari jangkaan; walaupun “manufacturing PMI” dilihat lebih baik pada 54.1 berbanding 53.4 jangkaan dan 53.1 sebelumnya yang merupakan prestasi terbaik selama 7 bulan.  Uptrend di carta harian telah pun dibatalkan, walaupun masih utuh di carta mingguan.

Buat masa ini permintaan untuk Pound didokong oleh spekulasi kenaikan “interest rate” UK seperti komen Gabenor Mark Carney yang mengatakan “interest rate” mungkin dinaikkan lebih awal dari jangkaan pasaran dan dalam suasana berkala; ekoran inflasi yang dijangka meningkat kepada 2% dalam masa 3 tahun.  Di Amerika Syarikat pula, ketidaktentuan tentang masa kenaikan “interest rate” AS, menjadikan pasaran Dollar terumbang-ambing.

Hari ini UK bakal melaporkan “PMI construction” yang dijangka mengurang dari 59.1 kepada 59 dan ini dilihat memihak kepada Dollar, walaupun tiada sebarang data berimpak tinggi dari AS hari ini.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati, ekoran NFP yang dijangka mengurang dari 257 ribu kepada 240 ribu, dan kadar pengangguran AS yang dijangka lebih baik pada 5.6% berbanding 5.7% sebelumnya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat