GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Dis 2015

47

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar terus jatuh lebih  125 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4785 sebelum menutup sekitar paras $1.4815; selepas para trader mula menjadikan Brexit sebagai topik seterusnya yang membimbangkan.  Jika kadar British yang terendah dalam sejarah terus berjalan sepanjang tahun depan, dan jika ketidaktentuan keahlian UK dalam Kesatuan Eropah semakin hangat, pemerhati pasaran berkata prospek Pound untuk memacu jauh lebih tinggi pada 2016 agak pudar.

“Jangkaan sebelum ini bahawa UK akan turut serta dan menaikkan kadar seperti Amerika Syarikat dalam masa enam bulan; bagaimanapun, kegagalan ketara dalam kenaikan upah, KDNK dan inflasi, bermakna bahawa kenaikan ini adalah semakin tidak mungkin,” menurut Alex Lydall, trader kanan di Foenix Partners. “Persoalan yang lebih kritikal pada masa ini adalah, sama ada kenaikan kadar UK akan berlaku atau tidak pada 2016,” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Kemungkinan kenaikan kadar UK dan kesannya terhadap Pound diikuti dengan teliti oleh pemerhati pasaran, kerana matawang British itu adalah matawang ketiga paling banyak digunakan dalam dunia kewangan untuk pembayaran antarabangsa di belakang Dollar AS dan Euro, menurut Persatuan Telekomunikasi Kewangan Interbank Antarabangsa. Bank of England telah mengekalkan kadar pada rekod terendah 0.5% sejak Mac 2009.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat