GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Jan 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar merudum lebih 140 pips Khamis semalam, apabila pasaran mula memberi reaksi kepada kenyataan ketua pakar ekonomi Bank of England, Andrew Haldane yang mengatakan bahawa BoE tidaklah tergesa-gesa mahu menaikkan “interest rate”, dan kenaikan itu akan lebih bersifat berperingkat-peringkat dengan kemungkinan 50 basis point setiap tahun.  Keadaan ini yang bertentangan dengan ketegasan Federal Reserve AS, menyebabkan pasaran mula menjual Pound semula.

Sebelum daripada itu, kelulusan pinjaman perumahan dan GDP suku ke-4 tahun lepas, yang juga menunjukkan tanda-tanda penguncupan ekonomi United Kingdom, menyebabkan Pound terus hilang daya tarikan.  Gabenor BoE Mark Carney, dalam satu kenyataan media, menyeru negara-negara Kesatuan Eropah untuk memperbaharui dasar fiskal mereka, supaya dapat menjana ekonomi yang lebih mampan.  UK yang mempunyai Jerman sebagai rakan dagangan terbesarnya, sudah tentu juga mahukan kesan positif dari program Quantitative Easing (QE) dari ECB yang baru dilancarkan.

Hari ini data berimpak sederhana UK – “consumer credit” dan “mortgage approvals” – bakal berdepan dengan data berimpak tinggi “GDP” dari AS.  Dengan data kedua-dua negara memberi sentimen “bearish”, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging” melainkan terdapat kejutan pasaran.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat