GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Nov 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-0023

Pound Dollar terus merudum untuk hari kedua Jumaat lalu, lebih 75 pips untuk ke paras terendah harian sekitar 1.5030 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah data pelaburan perniagaan UK pada sebelum ini disemak semula lebih rendah dari 2.9% kepada 1.6%.  Bacaan kedua pertumbuhan ekonomi UK adalah selaras dengan anggaran awal, menunjukkan pertumbuhan sebanyak 0.5% pada suku ketiga, dan 2.3% pada tahun ini.

Secara keseluruhan, walaupun kadar pertumbuhan 0.5% bukanlah sesuatu yang menakjubkan, dan secara purata, lebih perlahan daripada yang dilihat semasa pemulihan sebelum ini; pecahan perbelanjaan menunjukkan permintaan domestik terus kukuh, sekaligus menyokong bagi kenaikan kadar yang lebih awal daripada jangkaan pasaran.

[adrotate group=”6″]

Pertumbuhan harga rumah tahunan, kembali perlahan kepada paras lima bulan terendah pada bulan November; walaupun bilangan rumah yang terdapat di pasaran berkurang ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak 1970-an.  Indeks harga rumah di seluruh UK menunjukkan harga rumah meningkat 0.1% pada November, bermakna kadar pertumbuhan tahunan jatuh daripada 3.9% pada bulan sebelumnya kepada 3.7% bulan ini.

“Ini adalah peningkatan yang paling kecil sejak Jun dan menandakan sekurang-kurangnya kelemahan sementara dalam trend pengukuhan baru-baru ini, pada harga rumah,” menurut Howard Archer, Ketua Ekonomi di IHS.  Tetapi beliau juga berkata bahawa bilangan rumah sedia ada dilaporkan jatuh ke paras terendah sejak tahun 1970-an, satu lagi tanda bahawa krisis perumahan Britain yang semakin mencengkam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat