GBPUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

37

Pound Dollar berada dalam dagangan tipis Isnin semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1.4587 ke paras tertinggi harian sekitar $1.4640, sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah pasaran UK bercuti sempena ‘Summer Bank Holiday’. Minggu ini akan menyaksikan penyebaran pengumuman laporan ekonomi, dengan tumpuan pelabur Sterling mungkin akan dikhaskan kepada PMI dan keputusan indeks harga rumah untuk bulan Mei.

Dalam laporan PMI bulan Mei esok, ianya akan membawa laporan pembuatan UK, manakala Khamis dan Jumaat masing-masing akan membawa keputusan PMI sektor pembinaan dan perkhidmatan.  Mengenai sektor perumahan pula, esok akan membawa harga rumah seluruh UK dan Jumaat akan memaparkan keputusan indeks harga rumah dari agensi laporan Halifax.

Britain masih bergelut dengan isu ‘Brexit’ yang nampaknya mula menunjukkan dengan jelas bahawa kempen ‘kekal’ mungkin akan terus menguasai undian pungutan suara dan mendahului kempen ‘keluar’.  Dalam laporan terbaru semalam, agensi pertaruhan Oddschecker meletakkan 58.83% undian ‘kekal’ dan 41.17% undian ‘keluar’.

Di pasaran AS, walaupun komen agresif lanjut daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) boleh menawarkan sokongan tambahan kepada Dolar AS, pasaran dijangka akan lebih mementingkan laporan ekonomi AS yang akan datang.  Terutamanya perbelanjaan pengguna dan laporan sektor bukan perladangan (NFP) yang boleh menentukan halatuju Dollar selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat