GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

40

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar melonjak lebih 260 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4650 sebelum menutup sekitar paras $1.4600; selepas berita tersebar bahawa trader dana Feds kini memfaktorkan kurang daripada 30% kemungkinan walaupun untuk 1 kenaikan kadar pada 2016. Petunjuk pasaran menunjukkan bahawa pasaran kewangan memberi tidak lebih daripada 28% kemungkinan kenaikan kadar pada mana-mana mesyuarat Feds tahun ini, dan hanya 31% untuk kenaikan pada mesyuarat pertama 2017.

Di pasaran UK Pound mendapat sokongan belian, selepas laporan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan UK dilaporkan lebih baik daripada jangkaan. Indeks Markit PMI Perkhidmatan meningkat 55.6 mata pada bulan Januari, lebih tinggi daripada bacaan 55.5 mata yang dilihat pada sebelum ini. Ia juga datang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 55.3 mata.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, berita bahawa pulangan bon 10 tahun AS yang jatuh di bawah 1.8%, pada 1.793%, hampir dengan paras terendah dalam setahun, juga melemahkan permintaan untuk Dollar; sekaligus menaikkan kadar tukaran matawang utama yang lain. Dalam berita lain, laporan sektor swasta ADP menunjukkan pertumbuhan pekerjaan dalam sektor swasta perlahan sedikit pada bulan Januari, walaupun tidak ketara seperti yang dijangkakan.

Laporan itu menunjukkan bahawa sektor swasta menambah 205 ribu pekerjaan baru pada Januari, berbanding anggaran 193 ribu. Ini adalah lebih rendah daripada peningkatan sebanyak 267 ribu pada Disember lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat