GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

41

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari ke-empat Khamis semalam, lebih 155 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4195 sebelum menutup sekitar paras $1.4175; setelah data ekonomi AS yang lebih lemah mengatasi laporan PMI perkhidmatan UK yang juga lemah.  Pada masa yang sama, pasaran mula dipenuhi kegiatan mengambil untung menjelang laporan NFP AS hari ini.

Di pasaran UK semalam, PMI sektor perkhidmatan dari Markit menunjukkan indeks tersebut jatuh ke paras 52.7 mata berbanding jangkaan 55.1 mata dan 55.6 mata pada sebelumnya – yang terendah dalam tempoh tiga tahun. PMI Februari itu juga merupakan yang pertama di mana pengurus yang dikaji menamakan undi sama ada untuk kekal dalam Kesatuan Eropah adalah sesuatu yang membimbangkan.

[adrotate group=”6″]

Hari ini AS bakal melaporan data ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) yang ditunggu-tunggu, yang dijangka meningkat daripada 151 ribu kepada 195 ribu dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%.  Namun pendapatan purata sejam dijangka turun dari 0.5% kepada 0.2%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat