GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

43

Pound Dollar susut lebih 105 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4461 sebelum menutup sekitar paras $1.4492; setelah kebimbangan tehadap ‘Brexit’ muncul semula dan Dollar kembali kukuh menjelang laporan NFP esok. Selepas menghadapi kenaikan yang mantap sejak awal Februari lalu, Pound dilihat mula bersedia untuk pembetulan.

Sesetengah trader mengatakan lawatan Presiden Obama berkempen untuk Britain kekal dalam Eropah sebagai sebab utama untuk kenaikan dalam harga. Walau bagaimanapun, pengaruh beliau seolah-olah telah mula pudar. Satu tinjauan online mingguan yang diterbitkan oleh firma ICM, menunjukkan 45% pengundi memihak kepada Brexit, berbanding 44% yang percaya Britain harus kekal dalam blok ekonomi Eropah yang mempunyai 28 anggota itu.

Mengukuhkan penemuan ICM, satu tinjauan Bloomberg yang baru mendapati 43% ingin kekal dalam Eropah manakala 45% mahu keluar. Walau bagaimanapun, undian TNS ‘online’ semalam membalikkan keputusan, meletakkan “kekal” pada 38% dan “keluar” pada 34%. Ketidakpastian ini mungkin terus memberi tekanan ke atas Pound sehingga referendum pada 23 Jun nanti.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan angka PMI Perkhidmatan yang dijangka susut dari 53.7 mata kepada 53.6 mata dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 257 ribu kepada 261 ribu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat