GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Feb 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-015

GBP/USD menokok sehingga 160 pip sejak awal pagi semalam berikutan sentimen negatif terhadap US Dollar. Harga Halifax House menyaksikan pendakian yang kukuh daripada yang dijangkakan dan Bank of England semalam.

Sterling meningkat berbanding dolar pada hari Rabu, melanjutkan keuntungan kukuh hari sebelumnya selepas data menunjukkan sektor perkhidmatan Britain berkembang lebih cepat daripada yang dijangkakan pada bulan Januari. Ini petunjuk kepada pertumbuhan ekonomi yang teguh. Dolar AS yang lemah membantu memberi sokongan kepada Sterling minggu ini. Sterling telah jatuh kira-kira 11 peratus berbanding dolar dalam tempoh enam bulan yang lalu apabila jangkaan para pelabur Bank of England akan mula menaikkan Interest Rate daripada paras terendah dalam sejarah telah ditolak. Ia juga telah mula terjejas oleh ketidaktentuan politik sebelum pilihan raya Parlimen Mei ini.

Data Trade Balance bagi Pound Sterling di jangka keluar agak rendah pada hari ini jam 5.30pm tetapi sentimen pasaran yang menunggu data NFP lebih diberi fokus untuk pergerakan pasangan matawang ini.

Data NFP yang bakal keluar 9.30pm hari ini bakal memberikan gambaran jelas tentang kekukuhan US Dollar dengan data pekerjanya. Walaupun terdapat jangkaan yang data akan keluar lebih rendah berbanding lalu, tapi masih sentimen bahawa lebih ramai pedagang optimis tentang kekuatan US Dollar dan dilihat Fed seolah-olah ingin menaikkan Interest Rate pada tahun ini.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat