GBPUSD Analisa Fundamental Harian 7 Mac 2016

29

Pound Dollar terus memacu naik untuk hari kelima Jumaat lalu, lebih 135 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4250 sebelum menutup sekitar paras $1.4230; setelah Dollar semakin lemah apabila pasaran terus menjual Dollar ekoran spekulasi kenaikan kadar Feds yang semakin pudar.  Pada masa yang sama, Pound yang diberati isu ‘Brexit’ masih mendapat harapan pelabur untuk melonjak semula selepas keputusan referendum pada 23 Jun ini.

Di pasaran UK, walaupun kempen “pro-Brexit” semakin popular dan mendapat tempat di hati rakyat Britain, ramai penganalisis berpendapat bahawa hanya terdapat 1 dalam 3 peluang untuk UK keluar dari EU.  Namun, apa yang menjadi kebimbangan para trader dan pelabur adalah sektor perkhidmatan Britain yang lemah dan tidak meyakinkan untuk kenaikan kadar dalam masa terdekat.

[adrotate group=”6″]

Pelabur bimbang yang “Brexit”, berkemungkinan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan menolak kembali jangkaan kenaikan kadar UK, selain mengancam aliran pelaburan asing yang besar.  Pada masa yang sama, Britain perlu mengimbangi defisit akaun semasa, salah satu yang terbesar di kalangan negara maju – pada kira-kira 4% daripada output.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat