GBPUSD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

45

Pound Dollar susut lebih 100 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4175 sebelum menutup sekitar paras $1.4210; setelah pasaran memberikan reaksi kepada kenyataan Gabenor Bank of England, Mark Carney kepada jawatankuasa perbendaharaan UK yang mengatakan bahawa beliau tidak akan memberikan analisa lengkap terhadap isu ‘Brexit’. Beliau hanya mengatakan, keahlian UK dalam Euro-Zone mempunyai risiko dan juga manfaat.

[adrotate group=”6″]

Beliau juga mengulangi bahawa BoE meletakkan syarat reformasi kewangan dan kawalan pendatang sebagai syarat untuk kekal dalam Kesatuan Eropah, adalah demi untuk kebaikan UK.  Kekal dalam EU dengan keadaan polisi kewangan dan politik semasa, memberikan risiko kepada ekonomi UK terutamanya ketika krisis hutang Greece suatu ketika dahulu.  Juga dengan isu hutang lapuk perbankan Itali baru-baru ini, UK mula mempertimbangkan semula keahliannya dalam EU.

Hari ini UK bakal melaporkan produksi pembuatan bulan Januari yang dijangka bertambah baik dari -0.2% kepada 0.2%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat