Gbp/Usd Jatuh Hampir 100 Pip Hari Ini !

54

Matawang GBP (pound sterling) turut berada di bawah tekanan dalam sesi dagangan hari ini yang telah pun mencapai paras terendah 1.2201 berbanding US dolar. Gbp/Usd telah pun mencapai paras tertinggi hari ini iaitu 1.2297 yang menunjukkan kejatuhan hampir 100 pip sejak tujuh jam lepas.

Pasaran pada minggu ini dijangka senyap dengan tidak banyak berita impak tinggi selain data jobless claims (tuntutan pengangguran) dan indeks Chicago PMI pada Jumaat.

Pasaran akan terus berada dalam keadaan low liquidity (kecairan yang rendah) berikutan kebanyakan pelabur, pengurus dana, bank-bank telah pun menutup akaun pelaburan sebelum tahun 2016 berakhir.

Dalam dagangan minggu lalu Gbp/usd telah memecahkan support di 1.2300, yang mana level fibo retracement 61.8% juga berada di paras harga ini. Kelemahan Gbp untuk terus berada di paras harga ini menguatkan kebarangkalian untuk harga terus menguji paras 1.2100 yang merupakan paras terendah pada 11 dan 25 Okotber lepas.

Kita masih melihat The Fed satu-satunya bank pusat utama yang mengetatkan polisinya dengan kenaikan kadar berbanding bank pusat utama dunia yang lain, yang masih lagi menggunakan polisi monetari yang longgar.

Bank of England baru-baru ini mengekalkan kadarnya di paras 0.25% dengan kadar inflasi yang naik agak cepat. Gabenor Carney telah mengatakan kenaikan inflasi ada hadnya, walaupun sasaran kesemua bank pusat utama adalah untuk menaikkan inflasi.

Selain itu, situasi Brexit masih lagi menyelubungi matawang Gbp (Pound) yang mengurangkan citarasa pelabur kepada pasaran UK. Hal ini tidak lain tidak bukan disebabkan risiko ekonomi yang semakin perlahan di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat