Gbp/Usd Menguat Hampir 120 Pip Menjelang Ucapan Theresa May

67

Gbp/Usd menguat sejak pembukaan sesi Asia sehinggalah ketika ini, dan telah mencatatkan kenaikan hampir 120 pip dari paras terendah Selasa. Dengan penguatan Gbp/Usd ketika ini, pasaran akan terus berhadapan ketidaktentuan menjelang malam ini (7-8 malam waktu Malaysia) semasa ucapan Brexit oleh Theresa May.

Gbp/Usd dibuka pukul 6 pagi tadi di paras 1.2022 dan telah mencapai 1.2139 paras tertinggi semasa artikel ini ditulis. US dolar juga dilihat lemah berbanding enam matawang utama dunia yang lain dengan Eur/Usd, Nzd/Usd, Aud/Usd semua mendapat momentum kenaikan yang agak besar. Ketiga-tiga pair utama ini menguat sejak pukul 10 pagi tadi waktu Malaysia.

Sebelum ini pada awal isnin, Gbp/Usd mencatatkan kejatuhan sehingga di bawah paras 1.2000 yang merupakan paras terendah sejak 3 bulan yang lalu. Hal ini adalah berikutan laporan agensi berita Sunday Times yang menyatakan Theresa May tidak akan meneruskan usaha mendapatkan akses penuh pasaran tunggal Kesatuan Eropah.

Pelabur di UK semakin bimbang jika Theresa May benar-benar tidak mahu Britain mengakses pasaran tunggal itu. Sudah tentu hal ini akan dirasai kesannya oleh pelabur di UK yang akan menyukarkan perniagaan untuk bertahan seterusnya membawa kepada kejatuhan pasaran UK sedikit demi sedikit.

Dalam situasi Brexit yang semakin tegang disebabkan laporan Sunday Times pada Ahad, jurucakap PM Britain pula mengatakan laporan itu adalah sekadar ‘spekulasi’ sahaja dan tidak benar.

Laporan terbaru ini meningkatkan ketidaktentuan, dan pelabur/pemain pasaran pasti tertanya-tanya jika ia sekadar spekulasi, adakah PM Theresa May akan meneruskan usaha mengakses pasaran tunggal Eropah sedangkan komennya dalam laporan sebelum ini lebih cenderung kepada tidak mahu mengakses pasaran tersebut.

Terlalu banyak ketidaktentuan (uncertainty) Brexit oleh Perdana Menteri Theresa May, dan semua akan terungkai malam ini dimana pasaran akan mendapat maklumat yang lebih jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat