GBPUSD Turun Sehingga 60 Pips Selepas Data Keluar Bercampur-campur.

62

GBP/USD telah menjunam sekitar 60 pips dari paras tertinggi pada sesi Eropah sebentar tadi. Bergerak dari paras 1.2796, GBP/USD sekarang sudah berada pada paras 1.2740 ketika artikel ini ditulis. Ini adalah kesan daripada data yang keluar bercampur-campur pada jam 4.30 petang tadi.

Kadar pengangguran tidak berubah pada paras 4.6% pada bulan April dan ia keluar seperti yang dijangka.

Claimant Count iaitu data tuntutan faedah pengangguran menurun dari jangkaan sebanyak 12,500 ke paras 7,300 pada bulan May. Manakala data sebelum ini pula telah dikaji kembali pada kadar 19,500 tetapi meningkat ke paras 22,000 pada bulan April.

Data Average Earning Indeks, iaitu indeks pendapatan purata dilihat menurun ke pars 2.1% berbanding jangkaan 2.4%, dan ia juga kurang daripada nilai sebenar sebelum ini 2.3%.

Data bercampur-campur ini telah membenam GBP/USD sebentar tadi dan juga akibat ketidak tentuan pasaran yang menunggu kenyataan FOMC pagi nanti.

Kemaskini bagi pasaran UK, pound sterling dilihat goyah berhadapan dengan ketidak tentuan politik dimana Theresa May sedang berunding pula dengan Northern Ireland’s Democratic Unionist Party (DUP) bagi mendapatkan sokongan di parlimen selepas May gagal mendapatkan majoriti pada pilihanraya minggu lepas.

Manakala Presiden Perancis yang baru iaitu Emmanuel Macron pula memberitahu Theresa May bahawa, mereka dialu-alukan kembali menyertai zon Eropah jika mereka merubah fikiran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat