GDEX Beli Saham Sendiri, Maknanya Apa?

1,351

Kenanga Research menjangkakan GD Express Carrier Bhd (GDEX) akan menerima kesan baik susulan peningkatan permintaan perkhidmatan kurier menerusi aktiviti e-dagang yang tinggi ketika penularan wabak Covid-19.

Kenanga berkata GDEX telah mencatatkan pendapatan bersih tahunan yang konsisten antara RM24 juta dan RM37 juta dalam tempoh lima tahun kewangan terakhir.

“Dalam tahun kewangan terkini yang berakhir Jun 2020, yang dipengaruhi oleh kesan akibat Covid-19, ketiadaan keuntungan terhadap penebusan convertible bonds (FY19: RM8 juta) dan impak perakaunan ke atas lease recognition (RM17.7 juta).

“Disebabkan itu, faktor-faktor ini menyebabkan keuntungan bersihnya merosot kepada RM18.8 juta atau 42% tahun ke tahun,” ujar Kenanga menerusi nota teknikalnya hari ini.

Tambah Kenanga, kunci kira-kira GDEX kekal sihat dengan pegangan tunai bersih dan dana jangka pendek sebanyak RM237.2 juta atau 4.2 sen per saham pada akhir Jun.

GDEX juga dilaporkan telah menggunakan sejumlah simpanan wang tunainya untuk membeli kembali sahamnya sendiri di pasaran terbuka.

“Harga saham GDEX berikutan kesan pembetulan harga daripada paras ketinggian 44.5 sen pada penghujung Mei, kini berada dalam corak pergerakan mendatar.

“Kami telah menetapkan paras rintangan pada antara 40 sen dan 45 sen. Selain itu, kami juga menetapkan paras rugi adalah 31 sen,” kata Kenanga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat