GDP China Meningkat, Harga Minyak Naik Dalam Pasaran Asia

77

Harga minyak mentah meningkat dalam pasaran Asia pada hari Khamis berikutan laporan positif GDP China suku tahun ketiga yang merupakan nombor 2 pengimport terbesar minyak mentah dan peningkatan permintaan.

Pasaran hadapan minyak mentah di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan November naik 0.02% kepada $52.05 setong, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange (ICE) kekal stabil dan kemudian jatuh sedikit sebanyak -0.02% kepada $58.13 setong setakat jam 10.55 a.m.

Laporan GDP China suku tahun ketiga pada hari Khamis meningkat 1.7% sukuan dan kenaikan 6.8% tahunan. Pengeluaran industri meningkat 6.6% pada bulan September dan pelaburan aset tetap juga meningkat iaitu sebanyak 7.5%.

Berdasarkan laporan statistik, pengeluaran domestik minyak China pada bulan September jatuh sebanyak 2.9% kepada 15.53 juta tan metrik. Namun minyak mentah national meningkat 12.7% pada bulan September kepada 49.34 tan metrik .

Pada hari Rabu, harga minyak meningkat berikutan laporan inventori minyak mentah U.S jatuh lebih daripada jangkaan .

Inventori minyak mentah U.S jatuh hampir 5.7 juta tong pada minggu yang berakhir 13 Oktober, jauh mengatasi jangkaan yang menjangkakan kejatuhan sebanyak 4.2 juta tong.

Para pelabur juga memberi tumpuan terhadap ketidakpastian politik yang berlaku di Iraq berikutan konflik antara tentera Iraq dan Kurdish pada awal minggu ini kerana khuatir ia akan menganggu bekalan minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat