GDP Naik 2.1%, Komen Trump Menekan US Dolar Sebentar Tadi

69

Pertumbuhan ekonomi AS pada suku keempat dikaji semula kepada peningkatan 2.1% berbanding sebelum ini 1.9% yang mana lebih tinggi dari jangkaan pasaran 2.0%.

Personal Consumption Expenditure (PCE) atau perbelanjaan penggunaan peribadi dikaji semula kepada peningkatan 3.5% berbanding sebelum ini 3.1%.

Dalam data terakhir ini, pelaburan inventori juga dikaji semula yang mana mengimbangi kejatuhan pelaburan tetap. Eksport juga dikaji semula kepada penurunan.

Sedikit peningkatan kepada indeks harga GDP kepada 2.0% dari sebelum ini yang merekodkan kenaikan 1.9%.

The Fed ketika ini yakin bahawa ekonomi bergerak dengan baik pada lewat 2016 sehingga awal 2017. Dalam konteks ini, data tidak akan memberikan impak yang signifikan kepada jangkaan ekonomi The Fed.

Kejatuhan eksport yang merekodkan penyusutan 4.5% dan sumbangan negatifnya kepada pertumbuhan akan meningkatkan kebimbangan kepada pentadbiran Trump. Dalam konteks ini, pendirian ‘protectionism’ Trump berkemungkinan akan semakin meningkat.

US dolar menguat selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy berada di sekitar 111.35 dari 111.15.

Walaubagaimanapun, US dolar melemah secara mendadak pukul 9.15 malam tadi yang disebabkan komen dari Trump.

Trump mengatakan bahawa akan mengkaji cara untuk menghukum mereka yang memanipulasi matawang, menurut CNBC.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat