Gembira Betul Saudagar Minyak Minggu Ini!

272

Dagangan komoditi hitam meneruskan peningkatan lebih tinggi menembusi paras ketinggian terbaru 9 bulan selepas menyaksikan data bekalan minyak mentah AS yang lebih baik daripada jangkaan pasaran.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan menguat pada $48.24 setong, sementara minyak mentah Brent pula meningkat pada $51.50 setong.

Inventori minyak mentah AS jatuh mendadak sebanyak 3.1 juta pada minggu lalu, tersasar jauh daripada jangkaan untuk penurunan 1.9 juta tong oleh pasaran, selepas mencatatkan peningkatan pada minggu sebelumnya, lapor Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Data EIA juga menunjukkan operasi minyak kilang turun sebanyak 253,000 tong sehari dalam seminggu terakhir, manakala data penggunaan kilang turun 0.8%.

Selain itu, harga minyak turut disokong oleh keputusan mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan meneruskan program pembelian bon.

Sementara itu, para pemimpin tertinggi Kongres AS pula semakin hampir untuk mencapai kesepakatan terhadap pakej rangsangan coronavirus bernilai $900 bilion, termasuk bantuan cek $600-$700 dan faedah pengangguran yang dilanjutkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat